Assalamualaikum
Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan
4.00 am
1.Bangun berdoa kepada Allah dengan doa: “Segala puji bagi
ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.â€
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan
hari itu.
3.Mandi dan membersih diri.
4.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk
beribadah, berwangi-wangian.
4.20 am
1.Solat sunat Taubat. Niatnya...
Assalamualaikum
Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan
4.00 am
1.Bangun berdoa kepada Allah dengan doa: “Segala puji bagi
ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.â€
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan
hari itu.
3.Mandi dan membersih diri.
4.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk
beribadah, berwangi-wangian.
4.20 am
1.Solat sunat Taubat. Niatnya Sahaja aku sembahyang sunat
Taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun
- Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada
ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
2.Solat sunat Tahajjud . Niatnya: Sahaja aku sembahyang
sunat Tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
- Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat. Niatnya: . Niatnya Sahaja aku sembahyang sunat Hajat 2 Rakaat kerana ALLAH Taala.
- Rakaat pertama baca ayatul kursi 1 kali selepas surah
Al-Fatihah
- Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali .
- Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di
hati hajat-hajat kita.
- Solat sunat Witir. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat
Witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun
lagi dan sembahyang Witir 1 rakaat.
5• Perbanakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa
kehambaan, rendah diri, meminta-meminta, agar ALLAH
ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima
amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 am
- Makan sahur.
- Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa
makanan di mulut.
5.30 am
- Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, Sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan Wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-
Quran hingga terbit matahari.
- Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah
waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan
7.00 am
- Membuat persiapan ke tempat kerja / belajar. Melangkah
ke tempat kerja / belajar dengan membaca Bismillah dan
dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
- Mulakan kerja / belajar dengan Bismillah dan doa kepad
ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa
berselawat kepada Rasulullah samaada menyebutnya atau di
hati.
- Banyakkan Istifhfar / meminta ampun , melaksanakan kerja
/ belajar dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.
Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhatikan
kerja-kerja yang dilakukan dan yakinlah DIA akan
membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 am
- Sembahyan sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yang
berkat kalau istiqamah
diamalkan. Niatnya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2
rakaat kerada ALLAH Taala.
- Penuhi masa rehat tengahhari dengan menambah ilmu atau
membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa –dosa
walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa: mengumpat, mengutuk, menyindir yana
menyakitkan hati orang, bergaul bebas tanpa menjaga
syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.
12.45
- Bersiap untuk solat Zohor.
- Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat , solat
Zohor berjemaah.
- Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud Syukurlah
setelah selesai sembahyang sunat dan witir sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat
besar dapat menyembahNYA.
4.15 pm
- Bersedia untuk solat Asar.
- Solat Asar berjemaah.Laksanakan juga solat sunat
Qabliyah.
- Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan
witir sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi
kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 pm
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih asa dalam diri kita.
6.30 pm
- Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu
adalah masa yang
mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW:â€Ramai orang
yang berpuasa (yang
mereka dapat hanya lapar dan dahagaâ€,) merintihlah kepada
ALLAH memohon agar
amalan kita diterima.
- Apabila masuk waktu Maghrib bacalah doa berbuka:â€Wahai
Tuhan kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku
beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.â€
- Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah
kurma dan jangan makan terlalu banyak.
- Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air terus
tunaikan solat Maghrib berjemaah. Setelah itu, barulah
makan makanan yang berat.
8.00 pm
- Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat
Tarawih.
- Cuba paertahankan solat Tarawih walau bagaimana keadaan
sekalipun kerana fadhilatnya amat besar: Bacalah
Al-Quran dengan penuh tawadduk, seeloknya baca dengan
bertadarus (berkumpulan , bergilir-gilir seorang baca
yang lain menyemaknya) cuba khatamkan membaca Al-Quran
paling kurang satu kali sepanjang Ramadhan. Kebanyakan
imam-imam besar mengkhatamkannya dua kali dalam
sehari(60 kali sebulan Ramadhan).
11.00 pm
- Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
- Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat: “Sahaja
aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib keataskku
kerana ALLAH Taala.â€
- Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
- Bacalah doa tidur: Ertinya: Dengan namaMU YA ALLAH! Aku
hidup dan mati
keranaMU. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara,
kemungkinan kita dipangil ALLAH ketika tidur.
Seperti yang diforward oleh seprang ustaz.
(: SELAMAT BERPUASA (:
JANGAN SUKA PONTENG PUASA....(:
A SMILE can make people happy, LOVE can make the world go round..HATE can add wrinkles but FRIENDS? They make life worth living...THANKS for being ONE