SAMBUTAN Aidiladha berkait rapat dengan pelaksanaan ibadat korban. Hal ini dapat dilihat melalui sebuah hadis daripada Aisyah, bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Tidakkah ada amalan yang dilakukan oleh seorang hamba pada hari Nahar yang lebih disukai oleh Allah daripada amalan menyembelih haiwan ternakan, kerana sesungguhnya ia adalah hak kita pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya.
Sesungguhnya darah itu ditumpahkan pada satu tempat yang diketahui oleh Allah sebelum ia...
SAMBUTAN Aidiladha berkait rapat dengan pelaksanaan ibadat korban. Hal ini dapat dilihat melalui sebuah hadis daripada Aisyah, bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Tidakkah ada amalan yang dilakukan oleh seorang hamba pada hari Nahar yang lebih disukai oleh Allah daripada amalan menyembelih haiwan ternakan, kerana sesungguhnya ia adalah hak kita pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya.
Sesungguhnya darah itu ditumpahkan pada satu tempat yang diketahui oleh Allah sebelum ia tumpah di atas bumi, maka dengannya dibersihkan jiwa manusia.†(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada hari dibebaskan ahli neraka dengan jumlah yang ramai sekali kecuali hari Arafah kerana sesungguhnya Allah amat hampir dengan mereka.â€
Aidiladha atau Hari Raya Korban mempunyai banyak manfaat dan hikmah kepada umat Islam. Ia bukan sekadar dirayakan dengan keinsafan dan kebahagiaan melalui kunjung mengunjung antara sahabat handai dan saudara mara. Malah, Aidiladha menyediakan lebih peluang kepada seluruh umat Muhammad untuk mengerjakan ibadat korban semata-mata kerana ingin mendapat pahala dan keberkatan hidup daripada Allah.
Haiwan yang akan dijadikan korban semestinya terhindar daripada sebarang bentuk kecacatan. Hal ini kerana pada hari kiamat, haiwan korban itu akan hadir dalam keadaan yang asalnya.
Selain menumpukan perhatian terhadap ibadat korban pada Aidiladha, sebagai umat Islam kita turut disunatkan memperbanyakkan amalan bertakbir pada malam hari raya.
Lebih afdalnya bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) hingga waktu Asar hari Tasyrik (13 Zulhijah).
Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Saad katanya: “Rasulullah keluar pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha ke tempat sembahyang. Perkara pertama yang dilakukan Baginda ialah sembahyang, kemudian menghadap orang ramai lalu memberi nasihat dan menyuruh mereka melakukan kebajikan.â€
Pada Aidiladha disunatkan tidak makan hingga selesai mengerjakan solat sunat. Makanlah daging korban jika seseorang melakukan ibadat korban.
Sebenarnya Aidiladha juga menyimpan pelbagai gambaran yang berbentuk pengajaran dan teladan yang harus diterjemahkan sendiri oleh setiap umat Islam. Dalam melakukan ibadat korban umpamanya, dilarang sama sekali seseorang itu bersifat riak sama ada sebelum atau selepas melakukan ibadat itu.
Melakukan korban semata-mata ingin menunjukkan bahawa seseorang itu berada atau mempunyai wang yang banyak adalah ditegah oleh agama. Sesungguhnya Allah akan memberikan satu lagi ganjaran pahala kepada orang yang melakukan korban.
Korban juga untuk mengenang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anak kesayangannya, Nabi Ismail.
Sesungguhnya sebesar mana jumlah korban yang dilakukan oleh umat Islam, namun masih tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Baginda melakukan pengorbanan yang paling agung dalam hidupnya.
Nabi Ibrahim bukan saja berkorban hati dan perasaannya, bahkan terpaksa melakukan sebesar-besar pengorbanan dengan menyembelih anaknya. Perkara itu kerana Baginda taatkan perintah Allah kerana sesungguhnya apa juga yang datang daripada Allah itu adalah benar.
Nabi Ismail sebagai anak yang patuh kepada Allah dan bapanya dengan reda serta rela membenarkan dirinya dijadikan korban.
Mimpi bapanya itu benar-benar daripada Allah dan wajib dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur sebagai tanda keakuran yang tidak berbelah bagi.
Namun Allah tidak bersifat kejam dan zalim kerana menitahkan hal itu kepada Nabi Ibrahim, tetapi sekadar menuntut ketaatan dan kepatuhan Baginda terhadap apa juga perintah-Nya.
Dengan demikian, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Nabi Ismail digantikan dengan Allah dengan seekor kibas ketika upacara pengorbanan dilakukan oleh Nabi Ibrahim.
Daripada peristiwa ini, maka setiap umat Islam perlu mengambil iktibar dengan memikir dan merenung mengapa kita perlu berkorban dalam hidup ini. Bukan setakat melakukan pengorbanan pada Aidiladha, malah sanggup berkorban dalam melakukan apa saja selagi tidak tergelincir daripada landasan agama.
Umum mengakui bahawa setiap apa juga yang dilakukan dalam kehidupan, semuanya akan menuntut kekuatan dan pengorbanan tinggi oleh setiap insan.
Dalam proses mematuhi tuntutan nurani itulah, maka ramai pula di kalangan umat Islam hari ini yang sekadar mampu untuk mengucapkan kata-kata ingin berkorban pada lidah saja. Apabila tiba masa untuk menunjukkan pengorbanan sebenar, ramai yang tidak mengotakan janji mereka.
Untuk mencapai apa saja bentuk kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup, kita mesti sanggup berkorban. Bukan setakat wang ringgit, malah jiwa raga, andainya itu yang diperlukan.
Begitu pun, sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati dalam melakukan pengorbanan yang membabitkan rohani dan jasmani. Perkara ini kerana Islam mengehadkan batas pengorbanan yang harus dilakukan oleh setiap umat Islam.
Sekiranya pengorbanan yang dituntut oleh diri sendiri atau pihak lain itu bersifat untuk kufur dan derhaka kepada Allah, maka ia mestilah dijauhi. Sebaliknya, terus melakukan pengorbanan kerana sesungguhnya jika perkara itu benar di sisi Allah, maka Allah akan bersama-sama dengan setiap orang yang melakukannya
Sumber - Berita Harian Online "Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Zana suka sangat ada ruangan Forum hangat tu..
Save mata :)
nak minta lagi takut pok cik marah..
dulu minda ada senarai terkini dah jadi kenyataan
Thanx webmaster atas perhatian :)
Sayang MM ...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."