[salam]
[IMAGE]http://www.harakahdaily.net/v06/images/stories/main/sitinur.gif[/IMAGE]
Dr Hatta harap Siti pakai tudung sebelum kahwin
Fri | Feb 17, 06 | 12:51:08 PM
Oleh Harakahdaily Sebagai role model kepada wanita, imej baru yang cenderung kepada keagamaan ini akan mendorong peminat beliau untuk turut sama meminati hiburan dalam batas-batas agama, kata Dr Hatta.
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Berita dan gambar penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin memakai tudung dan akan memakai sec...
[salam]
[IMAGE]http://www.harakahdaily.net/v06/images/stories/main/sitinur.gif[/IMAGE]
Dr Hatta harap Siti pakai tudung sebelum kahwin
Fri | Feb 17, 06 | 12:51:08 PM
Oleh Harakahdaily Sebagai role model kepada wanita, imej baru yang cenderung kepada keagamaan ini akan mendorong peminat beliau untuk turut sama meminati hiburan dalam batas-batas agama, kata Dr Hatta.
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Berita dan gambar penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin memakai tudung dan akan memakai secara tetap selepas kahwin menarik perhatian ramai sehingga para pemimpin PAS sendiri berharap Siti memakainya terus walaupun sebelum perkahwinan beliau.
Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli ketika ditanya mengenainya berharap Siti tidak tunggu sehingga kahwin baru hendak memakainya secara tetap tetapi bagus sekali kalau Siti boleh memakainya dari sekarang.
"Saya yakin Siti tidak akan kehilangan peminatnya kerana memakai tudung bahkan saya yakin peminatnya yang ada akan kekal dan beliau akan mendapat ramai lagi peminat baru dengan berbuat demikian," kata Dr Hatta.
Sebuah akhbar politik, Siasah dalam keluaran terbarunya menyiarkan cerita dan gambar Siti Nurhaliza memakai tudung dan menyatakan beliau akan memakai tudung secara tetap selepas berkahwin nanti.
Siti berharap, beliau akan kahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.
Siti berjanji akan menjadi ibu dan isteri yang solehah selepas berkahwin nanti dan akan menunaikan haji.
"Kita yakin, Siti sabagai artis yang mempunyai imej yang baik di kalangan remaja akan bertambah diminati lagi dengan memakai tudung," kata Dr Hatta (gambar).
Sebagai role model kepada wanita, imej baru yang cenderung kepada keagamaan ini akan mendorong peminat beliau untuk turut sama meminati hiburan dalam batas-batas agama, kata Dr Hatta.
"Saya harap Siti akan mencapai hasrat murninya itu," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.