Kerajaan belum cadang isytihar 2 November cuti umum
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan belum bercadang mengisytiharkan 2 November - hari yang berada di antara Deepavali dan Aidilfitri - sebagai cuti umum.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebarang keputusan mengenainya mungkin berubah selepas ini mengikut keadaan.
``Setakat ini kerajaan belum ada cadangan nak isytiharkan hari itu sebagai cuti umum, lagipun bagi swasta (jika cuti umum) kos operasi mereka besar ...
Kerajaan belum cadang isytihar 2 November cuti umum
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan belum bercadang mengisytiharkan 2 November - hari yang berada di antara Deepavali dan Aidilfitri - sebagai cuti umum.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebarang keputusan mengenainya mungkin berubah selepas ini mengikut keadaan.
``Setakat ini kerajaan belum ada cadangan nak isytiharkan hari itu sebagai cuti umum, lagipun bagi swasta (jika cuti umum) kos operasi mereka besar sehingga dua tiga kali ganda kerana nak bayar elaun lebih masa.
``Bagi kakitangan awam, kerajaan tidak mempunyai masalah kerana mereka boleh memohon cuti tahun,'' katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan sumbangan daripada Felda Holdings Bhd. sebanyak RM500,000 kepada mangsa gempa bumi di Pakistan di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa persatuan-persatuan majikan dan pengilang menolak cadangan berkenaan kerana ia akan meningkatkan kos operasi sektor swasta.
Persatuan tersebut sebaliknya mencadangkan pendekatan mengambil cuti tahun dilaksanakan bagi membolehkan para pekerja meraikan sambutan Deepavali dan Aidilfitri dengan lebih selesa.
Cadangan memberi cuti umum pada hari tersebut dikemukakan oleh Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika membahaskan Bajet 2006 pada sidang Dewan Rakyat, 13 Oktober lalu.
Isu itu timbul kerana 2 November berada di antara perayaan Deepavali (1 November) dan Aidilfitri (3 November). Alasan yang diberikan ialah pada hari itu seluruh umat Islam akan pulang ke kampung untuk beraya.
Ia kemudiannya disokong oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) atas alasan pembaziran akan berlaku jika pejabat kerajaan dibuka sedangkan tidak ramai orang akan datang berurusan pada hari itu.
Menyentuh usaha menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dimansuhkan pada tahun 1992, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, ia perlu diteliti secara mendalam oleh Kabinet sebelum apa-apa keputusan dibuat.
``Ini perkara besar, sebarang cadangan perlu ditimbang oleh Jemaah Menteri sebelum dibuat keputusan mengenainya,'' katanya.
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
Impianku tetap direalisasi untuk jadi Usahawan yang berjaya...